PENAPIS AIR COWAY
Ke Arah Kesihatan Lebih Baik Bersama COWAY

[Servis Penapis Air Coway Oleh CODY] January 24, 2014

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini CODY telah datang untuk membuat servis penapis air coway model Sally. Memang best apabila kita sebagai pembeli/pengguna hanya guna sahaja penapis air tersebut tanpa perlu fikir tentang servis dan penukaran filter.

 CODY atau Coway Lady akan menelefon kita terlebih dahulu untuk membuat appointment. Terpulang kepada kita nak hari apa, pukul berapa, hari bekerja ataupun hari minggu spt sabtu. Dan kebiasaannya CODY akan datang tepat seperti yang dijanjikan.

Di dalam penapis air coway, terdapat 6 jenis filter didalam 4 unit filter. 2 unit filter didalamnya ada 2 jenis filter yang telah digabungkan sekali. Di bawah saya berikan jadual penukaran filter khususnya model Sally (CHP-06ER):

1) Neo Sense Filter (Gabung) 14″ = Setiap 6 bulan

2) RO Membrane Filter 14″ = Setiap 24 bulan

3) Inno Sense Filter (Gabung) 14″ = Setiap 6 bulan

4) Ceramic Filter = Setiap 12 bulan

filter

 

 Antara tugas CODY ialah memeriksa, membersih dan membuat penukaran filter terhadap penapis air coway kita. Tetapi jangan kita salah faham, penukaran filter hanya dilakukan setelah tamat tempoh jangka hayat filter tersebut dan bukannya setiap kali CODY datang.

2014-01-24 10.07.59-qpr

Tips saya ialah, hendaklah kita bertegur sapa dengan CODY serta mengambil no. HP CODY tersebut supaya apa-apa masalah boleh dirujuk dengan segera. Di bawah ini AIR KOTOR/SISA TAPISAN daripada filters:

2014-01-24_10-12-38-qpr_1

 

Gambar-gambar di bawah ini pula perbandingan yang dibuat di antara Air Paip, Sisa Tapisan dan Air yang telah ditapis dengan penapis air coway:

result-qpr

Jika kita tengok dengan mata kasar, macam tidak ada beza antara Air Paip dengan Air yang telah di tapis dengan penapis air coway. Dua-duanya macam jernih je. Tetapi berani kah kita untuk terus minum air paip tersebut? Saya tidak berani dan tidak sanggup memberi minum isteri, anak-anak serta keluarga saya direct daripada paip air walaupun ianya jernih dan nampak macam bersih.

Hakikatnya, banyak bahan-bahan tercemar yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar sepertimana sisa kotoran/tapisan didalam gambar di atas. Hanya setelah ditapis dengan penapis air coway barulah saya berani dan yakin untuk beri kepada ahli keluarga. Ini kerana penapis air coway mampu menapis molekul-molekul sehalus 0.0001 micron melalui teknologi Reverse Osmosis atau RO.

 

Alhamdulillah, tak sampai 1 jam rasanya CODY telah pun selesai membuat servis. Memang cekap dan terlatih serta ramah mesra. Terima kasih CODY Fiza!

Oklah, jika anda ingin mendapatkan air Panas, Suam serta Sejuk dengan segera dirumah dan paling penting bersih, saya cadangkan anda mengambil penapis air coway. Boleh hubungi saya untuk khidmat nasihat secara percuma:

==========================
Atiq
Call/sms/WhatsApp: 019-620 2209
facebook.com/kedaicoway2u
==========================

“Ke Arah Kesihatan Lebih Baik Bersama COWAY”

 

Comments (0)