senarai model penapis air coway terkini 2019

penapis air coway

Terima kasih kerana berminat untuk pasang penapis air coway di rumah atau di pejabat atau di kedai anda. Cuma mungkinla anda sekarang keliru atau tidak pasti nak pasang model yang mana satu?

Jadi di sini saya tunjukkan ke semua model penapis air coway yang terkini. Post ini ditulis pada tarikh 27 Jun 2019. Saya akan cuba untuk update post ini sekiranya pihak coway malaysia membawa masuk model-model terbaru.

Setakat kini, ada 9 model untuk kategori penapis air. Kebanyakan model-model adalah menggunakan teknologi tapisan air jenis Reverse Osmosis atau RO kecuali ada beberapa model yang menggunakan teknologi NF dan juga Nanotrap Filter. Saya simpulkan penapis air coway seperti di bawah:

  • Satu suhu sahaja, suhu bilik/persekitaran atau mudahnya air suhu biasa.
  • Suhu panas, sejuk dan bilik.
  • Air/ais batu
  • Air ber-mineral
  • Air beralkali

Saya bagi anda lihat dulu kesemua model penapis air coway yang ada ketika ini seperti gambar-gambar di bawah:

Penapis Air Satu Suhu

Bagi mereka yang inginkan penapis air yang tidak guna elektrik, boleh pasang model Ferry. Model ini menggunakan tapisan atau filter RO sehalus 0.0001 mikron. Oleh kerana tidak menggunakan elektrik, model ini hanya mengeluarkan air bersih suhu bilik/persekitaran atau suhu biasa sahaja.

Tekanan air rumah perlu kuat sedikit supaya filter RO yang sangat halus itu dapat beroperasi dengan baik. Spesifikasi penuh serta harga penapis air coway ferry seperti di bawah. Boleh klik pada gambar untuk info lanjut terus dari website coway malaysia.

penapis air coway ferry

Penapis Air PANAS SEJUK BIASA

Ada 4 model untuk anda pilih untuk pasang iaitu:

  1. Model Villaem II
  2. Model Petit
  3. Model Core
  4. Model Ombak

Model villaem 2 atau villaem II merupakan model paling saya rekemen untuk di pasang di rumah bagi keluarga saiz kecil dan sederhana, 1~7 orang. Ia model yang praktikal kerana saiz tangki simpanannya tidak kecil dan tidaklah terlalu besar.

Model ini model baru dan menggunakan filter jenis RO. Keunikannya ialah anda boleh laraskan suhu air, panas tahap mana anda nak diantara paling panas 97degree ~ suhu suam 45degree. Begitu juga diantara suhu air paling sejuk 4degree ~ suhu bilik. Caranya cuma pusingkan tombol. Amat mudah bagi mereka yang nak bancuh susu formula bayi kerana boleh terus pusing tombol ke suhu warm, terus dapat suhu air yang sesuai untuk bancuhan susu.

Spesifikasi serta harga penapis air coway villaem II seperti di bawah. Klik pada gambar untuk info lanjut.

Penapis air coway villaem merupakan model best seller atau pilihan ramai keluarga.

penapis air coway villaem 2

Model Petit juga menggunakan filter RO. Model ini biasanya saya rekemenkan kepada mereka yang berkeluarga kecil, 1 ~ 3 orang, kerana tangki utamanya 3L, separuh berbanding model villaem II di atas.

Penapis air coway petit ini jenis sentuh untuk keluarkan air bersih panas sejuk atau biasa. Spesifikasi serta harga seperti gambar di bawah. Klik gambar untuk info lanjut.

penapis air coway petit

Untuk keluarga yang besar, 7 orang ke atas, saya selalu rekemen model Core. Model core mempunyai tangki simpanan air utama yang besar iaitu 11.5L. Model ini jenis berdiri atas lantai. Teknologi tapisan air adalah RO. Spesifikasi serta harga seperti gambar di bawah. Klik pada gambar untuk info lanjut.

Penapis air coway core juga sesuai untuk dipasang di pejabat. Sekiranya tiada ruang di pantry, boleh lihat model Villaem II jika cukup penggunaan air dalam satu-satu masa oleh kakitangan pejabat tersebut.

penapis air coway core

Model Ombak baru sahaja dilancarkan pada bulan Nov-2018. Ombak direka khas untuk rakyat Malaysia yang inginkan air bersih dan juga mineral. Model ombak menggunakan teknologi penapisan RO atau Reverse Osmosis dengan pilihan Filter Mineral yang boleh ditambah jika berminat sahaja. Ciri menarik yang ada pada model ombak ialah kemampuan untuk setkan 50-suhu air untuk memudahkan pelbagai kegunaan rakyat Malaysia.

Model ini sesuai di pasang di rumah, pejabat sederhana besar atau di cafe-cafe minuman yang memerlukan air RO atau air bermineral. Ombak juga mempunyai tangki simpanan air panas yang lebih besar berbanding model-model penapis air coway yang lain yang jenis letak atas meja. Spesifikasi serta harga penapis air coway ombak seperti di bawah. Klik gambar untuk info lanjut.

penapis air coway ombak

Penapis Air + Ais Batu

Hanya satu model sahaja yang boleh menghasilkan ketulan air batu atau ais batu iaitu model Lucy. Penapis air coway lucy ni jenis berdiri atas lantai, ada air panas sejuk biasa juga disebelah kanan. Sebelah kiri untuk ais batu. Model lucy ni menggunakan filter RO. Spesifikasi serta harga seperti dibawah. Klik gambar untuk info lanjut.

penapis air coway lucy

Penapis Air Ada Mineral

Ada 2 model yang menggunakan filter Nanotrap yang kehalusan 0.01 mikron. Kelebihan filter ini adalah kadar air bersih masuk ke tangki simpanan lebih-lebih laju berbanding dengan tapisan jenis RO, iaitu 30L/jam. 2 model tersebut adalah:

  1. Model Neo
  2. Model Harry

Model Neo adalah jenis table top atau letak atas meja. Manakala model Harry letak kat lantai. Kedua-dua model ada air panas sejuk dan biasa. Spesifikasi 2 model tersebut seperti di bawah. Klik setiap gambar untuk info lanjut.

Penapis air coway neo dan penapis air coway harry amat sesuai dipasang di kedai-kedai makan, restoran dan tempat-tempat yang ramai pengguna dalam satu-satu masa.

penapis air coway neo
penapis air coway harry

Penapis Air + Alkali

Model yang menghasilkan air ber alkali ialah model Inception. Model ini 2in1 dimana di sebelah kiri untuk ambil air bersih panas sejuk dan biasa, manakala di sebelah kanan untuk ambil air alkali. Penapis air coway inception menggunakan filter NF dengan kahalusan 0.001 mikron dengan kadar tapisan 6.3L/jam.

3 jenis pH boleh dihasilkan dengan tekan butang sahaja, iaitu LOW(pH 8.5) MEDIUM(pH 9.0) dan HIGH(pH 9.5). Keistimewaan mesin alkali coway ialah air alkali dapat dinikmati sama ada pada suhu bilik/biasa atau suhu sejuk. Spesifikasi serta harga penapis air coway inception seperti di bawah. Boleh klik pada gambar untuk info lanjut.

penapis air coway inception

Itulah kesemua 9 model penapis air coway terkini tdi tahun 2019. Saya harap posting blog saya ini bermanfaat dan jelas untuk anda pilih model terbaik untuk anda. Untuk tempahan atau apa-apa soalan boleh wassap saya, agen coway berdaftar, dengan klik dibawah. Terima kasih.

agen coway
klik sini utk wassap saya